CABARAN NIAGA CJS SATUN 406

Salam,semua. Aku nak bercerita sikit tentang berniaga diluar negara. Ramai orang kata tengok CJS Satun 406 ( Karlisa Travel ) dan Halim Yb ( Route Betong 410 ) macam mudah dan buat duit gila-gila.



Sebelum aku buka kedai di Pak Bara, selama 7 tahun aku mengajar bahasa Melayu tanpa gaji, di Ban Khuan, Satun Thailand. Hasilnya aku membuat kajian sosial dan budaya warga tempatan. Aku dapati yang aku enggak bisa jadi Ayam Jantan yang berkokok semua orang akan bangkit tidoq.

Aku juga tak bisa jadi ayam betina yang bertelur sebiji riuh sekampung. Aku sekadar Damak yang berdagang di kampung Pak Malau. Semua harta benda dan pemilikan perniagaan atas nama bini aku warga Thailand. Namun inilah suka duka bila kita cuba berumah di tepi pantai.

Bak bidalan orang tua-tua, aku ini bagai tidur malam, pakai spender malahan seluar jeans pun tak tanggal. Inilah persedian aku jika sebarang kemungkinan, sekurang-kurangnya aku tak bogel.

Aku pernah menulis panduan dan prosedur berniaga disini dan perlu dilalui jika sesiapa ingin mencuba. TAPI aku dibelasah lumat lunyai. Depa kata aku dengki dan iri hati pada mereka.

Depa kata, depa berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang perniagaan. Apalah aku pada mereka, sekadar budak tak pass SPM yang bernikah dengan orang siam. Aku sekadar guru sekolah pondok cabuk yang datang ke Ban Khuan Satun dengan modal RM300, untuk memberi panduan berniaga.

Sebagai yang dikenali sebagai Cikgu Joe Satun ( klik page ) seorang yang terlibat dengan kerja amal di Satun, Thailand adalah tanggungjawab aku memberi info.

Selepas info prosedur Insuran dan budaya memandu di Thailand difahami oleh kebanyakkan rakyat Malaysia yang membawa kenderaan ke thailand. Aku cuba luaskan pengetahuan ilmu kepada yang ingin belajar dan ada rancangan untuk berniaga.



Ibarat kata, untuk berniaga disini kalau pejabat PM Malaysia boleh masuk tanpa ketuk pintu, tidak membawa sebarang erti di sini. Kalau nak berniaga, pemilikan mestilah nama warga tempatan. Jika ingin menjadi rakan kongsi 51% dan 49% mestilah mengikut garis panduan dan modal yang telah di tetapkan.

Walaupun aku sendiri dah banyak kali di undang ke majlis bersama gabenor beberapa wilayah disini, namun jika perniagaan kami BUKAN nama BINI aku warga Thai, aku sekadar sembang kari.

Namun begitu, oleh kerana aku warga Malaysia dan bini warga Thailand, pelanggan kami 90% kawan-kawan Malaysia. Oleh itu aku kena adil pada negara aku. Baju-baju dan cendermata aku buat di Malaysia. Depa kata, buat di Malaysia aku lagi untong besar kerana perbezaan nilai RM dan Baht. Tapi setiap kali membawa barang masuk ke Thailand, aku kena bayar cukai 30%, sama juga. Aku rela membayar cukai demi kelangsungan mengimbangi ekonomi Malaysia. Alhamdulillah sumbangan kecil aku pada negaraku.

Cabaran kami disini bersaing dengan perniaga tempatan tidak menjadi masalah kerana kami memakmurkan ekonomi jiran kami dengan memperkanalkan perniagaan mereka. Contohnya kedai makan, tempat penginapan, penyewaan bot dan perkhidmatan lain.

Cabaran kami hanyalah dengan segelintir orang Malaysia yang lebih berbangga berurusan dengan warga tempatan dari berurusan dengan kami walaupun kami memberi pulangan balik kepada Malaysia.

Kepuasan kami dapat memberi khidmat bakti kepada masyarakat tempatan dan umum tahu cikgu Joe ada sekolah agama rakyat yang perlu dibantu dari segi kewangan.

Disamping itu kami memberi bantuan kepada warga Malaysia,Singapura,Indonesia dan lain-lain jika mereka ditimpa kemalangan.

Untuk mengikuti perbentangan prosedur dan cabaran berniaga di luar negara, sila datang ke KARVIVAL KUALA SELANGOR, pada 19hb Oktober 2019. Jadual aku memberi ucapan pukul 10.30 pagi.

Terima Kasih Rakan-Rakan Thailand
Route Betong 410
Phatthalung Route 41
Luca Malee Travel 
klik link untuk urusan


SAHABAT PIT STOP





Share:

MOTOSIKAL BRIXTON MALAYSIA

Brixton Malaysia
Jenama asal daripada Austria kini di bawah Mforce Malaysia telah menjenama semula dan dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Ogos 2018.

Sementara ramai yang menanti 250cc dikeluarkan, ada model 150cc dilancarkan untuk menguji pasaran Malaysia. Ketiga-tiga model berikut BX150 dengan harga RM8,988 di ikuti model BX150x berharga RM9,288 dan model BX150R RM9,588


Editor Kembaraku Encik Azman Ali yang telah menguji pandu motosikal ini, berpendapat motosikal ini direka khas kepada peminat motor ala ala klasik. Rekabentuk motor ini agak simple dengan kerangka dan aksesori besi.

Selain daripada itu, sistem FI yang digunakan memberi motosikal ini penjimatan dalam penggunaan bahan api.

Jika anda suka penungangan santai, motosikal ini amat sesuai. Dengan kelajuan 90kmj hingga ke 110kmj amat selesa ditunggangi. Tambahan pula dengan ketebalan kusyen, memberi keselesaan jika anda menunggang dalam jarak yang agak jauh.

Jika anda yang sukakan motosika klasik namun di modenkan dalam enjin dan dan prestasi, Jenama Brixton adalah pilihan terbaik.


Share:

KRABI BIKE WEEK 2019

KRABI BIKE WEEK 2019
1 - 2 November 2019

Tempahan boleh dibuat

Room.Sleeping alone
Krabi Bike Week 2019
Hotel 2 night+Breakfast
VIP Dinner with Governor
Live Band + Media
Tshirt+Sticker+2 night event
RM.460

Room.Sleep 2 Person
Krabi Bike Week 2019
Hotel 2 night+Breakfast
VIP Dinner with Governor
Live Band+Media
Tshirt+Sticker+2 night event
RM.290

VIP
Krabi Bike Week 2019
Program, itinerary VIP
Day,1 1/nov/19
Check in Hotel at Krabi Royal Hotel,
Free & Easy
19:00 pm.ViP Dinner with Governor
Live Band and Show
20:00 pm.The provincial governor greeted the guests.Welcome ViP guests
21:00 pm.Friendship and,Exchange for souvenirs with Governor
22:00 pm.Free & Easy

Day,2 2/nov/2019
08:00 pm.Breakfast
09:00 pm.Activity free & easy
16:00 pm.Event-Crab PooDam Krabi city 5 km.
All Bike Start from Event Location Ride to CSR at Crab PooDam Krabi , Activity Release the fish to the sea with ViP Bikers Keabi and Media
18:30 pm.Back to the event
19:00 pm.Free & Easy at Event location
20:00 pm.Opening ceremony with VIP On the stage with Media
21:00 pm.Suptar live band
22:00 pm.Exchange for souvenirs
23:00 pm.Free and easy

Day,3 All Bikers Back to Home
Thanks see you next time Safe back home

Contact whatsap +66937600294

Bank: Maybank
NAME: MR Sukri Masor
Account no: 15306-53203-12
Bagi bukti after payment


Contact: Luca Malee
https://wa.me/66936793011

KEMBARKU KRABI BIKEWEEK

Share:

WABAK H1N1 DI THAILAND ADALAH BERITA PALSU

BREAKING NEWS yang sedang Viral di Group WhatsApp Malaysia terkini heboh tentang Wabak H1N1 di Thailand.

Kononnya dia ada rakan yang bekerja di Konsulat Malaysia Songkhla. Anda baca di gambar di bawah.
Cikgu Joe Satun telah Forward mesej itu kepada Konsulat Muda yang bertugas di sana, dan itu jawapannya.

Oleh itu CJS menasihati anda semua Follow Group  KEMBARAKU atau KLIK untuk mendapat info terkini. Terima Kasih.

Info Penulis sila KLIK  atau Fanpage CIKGU JOE SATUN





Share:

PENGHARAMAN VAPE DI THAILAND SEJAK 2014

Rokok elektronik telah diharamkan di Thailand sejak tahun 2014 tetapi penguatkuasaan larangan itu telah berlaku secara sporadis atau tidak berterusan. 

Bagaimanapun, satu laporan di Chiang Rai Times (10-10-219  mengatakan pihak berkuasa Thai kini serius dalam perkara ini, dengan rampasan beribu-ribu e-rokok atau vape dalam masa 3 minggu akhir-akhir ini.
Pada sidang akhbar baru-baru ini, polis dengan kerjasama dengan agensi perlindungan pengguna, mengesahkan mereka telah melancarkan tindakan tegas dan telah menahan 10 orang kerana memiliki hampir 600 rokok elektronik dan 500 botol cecair vape.

Difahamkan bahawa banyak kedai dan vendor lain yang secara haram menjual Vape telah diserbu sejak akhir September.
Menurut Chiang Rai Times, rokok elektronik ( vape)  adalah topik hangat di Thailand, denganada pihak yang mengatakan bahawa vape adalah sah, manakala pihak bertentangan berpendapat vape boleh membawa orang muda ke ketagihan yang sama seperti rokok biasa
Penguatkuasan terbaru diambil setelah berikutan berita kematian di Amerika Syarikat akibat pengambila rokok elektronik.

Walaupun Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit negara itu mengatakan mereka sedang membuat kajian samaada asap vape itu merbahaya atau tidak.
SUMBER :  Chiang Rai Times

Untuk berkongsi Kembara Anda Sila Join Group Facebook KEMBARAKU atau KLIK

Info Penulis sila KLIK  atau Fanpage CIKGU JOE SATUN

Gambar Sumber Google


Share:

URUS JENAZAH BALIK KE MALAYSIA DARI THAILAND

Prosedure Menguruskan Jenazah Yang Kemalangan Di Thailand Untuk Dibawa Balik Ke Malaysia.

Pengalaman Arwah Yusof Bakar pengasas dan Editor Roda-Roda menguruskan jenazah balik ke Malaysia suatu ketika dahulu memberi iktibar kepada kita.

Pengalaman beliau ini diceritakan oleh Abang Awhttps://www.facebook.com/mohdrawi.omar. Pada masa itu, Majalah Roda-Roda diminta untuk menguji tiga buah motosikal. Tiga "riders" masuk ke Thailand untuk membuat ujian menunggang. Salah sebuah motosikal terlibat dengan kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda. Penunggang motosikal berkenaan meninggal dunia.

Ketika itu bukan macam sekarang, dengan kemudahan media sosial untuk memudahkan perhubungan. Tanpa pengalaman, Arwah Yusof Bakar mengambil masa yang lama untuk membawa jenazah keluar ke Malaysia.

Abang Awi pula ditugaskan untuk memberitahu keluarga mangsa termasuk isteri arwah. Ketika sampai di rumah arwah, isteri arwah diampaian untuk mengampai pakaian yang baru dicuci. Abang Awi menyunsun kata-kata agar isteri mangsa tidak panik. Namum apakan daya, berita kematian insan tersayang, tiada bahasa yang bisa mengawalkan perasaan.

Maka histeria dan berguling meraung kesedihan. Puas dipujuk oleh jiran tertangga terdekat agar isteri arwah, tenang menerima sedih ini. Trauma isteri arwah mengambil masa yang agak panjang. Namun Trauma Abang Awi sehingga kini tidak berani melintas border ke Thailand. Abang Awi seolah-olah fobia jika ada yang mengajak menunggang motor ke Thailand.

Disini aku nak kongsi prosedur membawa jenazah balik ke Malaysia.

1. Laporan Polis - salinan asal dan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris.
2. Laporan Doktor dari Pihak Hospital.
3. Laporan kematian di Thesaban ( muniplicity department ) - salinan dan diterjemah ke Bahasa Inggeris.
4. Bawa ketiga-tiga dokumen berkenaan ke Kedutaan Malaysia atau Konsulat Malaysia.

Untuk permudah bicara, anda boleh memohon pertolongan Tourism Police Thailand dan Tourist Assistance Center.
Detailnya anda boleh dapatkan di bawah.

insuran wajib kita beli untuk masuk ke Siam adalah untuk lindungi kos rawatan hospital kita dan orang terlibat dengan kemalangan.
 Untuk Tuntutan
1. Laporan Polis ( wajib )
2. Memaklumkan kepada wakil insuran. Wakil akan datang ke hospital dan mengesahkan. Menafsirkan jumlah pampasan menurut laporan hospital. Maksimun penunggang atau pemandu dan penumpang adalah THB30,000 setiap orang.
Manakala kematian adalah Thb45,000 setiap orang.
3. Manakala orang yang kita langgar atau terlibat dengan kemalangan juga boleh menuntut pampasan bayaran perubatan Maksimun THB40,000.
4.Semua proses ini bergantung kepada laporan doktor.
5. INSURAN INI BUKAN UNTUK MEMBAIKI KENDERAAN. Oleh itu anda perlu membeli insuran tambahan bagi melindungi kenderaan anda dan kenderaan orang terlibat dalam kemalangan.
Masalah Yang Seringa Dihadapi ketika terlibat kemalangan di Thailand menurut pengalaman Cikgu Joe Satun.
1. Komunikasi
Warga Thai tidak boleh berbahasa lain kecuali Thai.
2. Tidak tahu untuk kol wakil insuran kerana semasa membeli insuran tidak dimaklumkan.
3. Jika dapat kol tapi masalah komunikasi.
4. Jika ada yang menawar diri untuk membantu tetapi bukan mereka yang arif tentang prosese tuntuan. Kekadang lebih membebankan kewangan anda dengan perbagai yuran tambahan.
Oleh itu kol 1155 Polis Tourism Thai
InsyaAllah akan mendapat bantuan.
Atau Tourist Assistance Center ( TAC ) maklumat cari dalam google .
Songkhla Provincal Office Of Tourism and Sports
Operating Hours: Monday to Friday from 8.30 am to 4.30 pm
Contact: (+66) 074-313195 , (+66) 086-4906720
Email: songkhlamots@hotmail.com
NASIHAT
Cikgu Joe Satun tak larat tulis dan bagi nasihat selalu.
1. Pastikan agen insuran yang bertanggungjawab. Laporkan kepada pihak berkuasa agar satu mekanism untuk menjadi wakil Insuran Siam di Malaysia.
2. Beli simkad Thai untuk mudah kan komunikasi.
3. Maklumkan Lawatan Anda Ke Thai kepada Konsulat Malaysia di Songkhla.
Address: NO. 4, Sukhum Road
Muang District
Songkhla Province
90000
Songkhla Host Country:
new window THAILAND
Telephone: +(6674)311062
+(6674)316274
Fax: +(6674)324004 / 312353
Email: mwsongkhla@kln.gov.my
Work days: Monday - Friday
4. Baca bagi faham
5. Simpan No. Telefon penting diatas.
6. Share dan kongsi dengan kawan-kawan. Share di FB dan group whatsapp
7. Ajak depa LIKE PAGE CIKGU JOE SATUN.
8. Hangpa try mesej atau pm page cikgu joe satun.Hangpa akan dapat info yang paling berguna.
Cuma taip SALAM.

Penulis dikenali sebagai CIKGU JOE SATUN (klik) seorang guru sukarela yang mengajar Bahasa Melayu di Ban Khuan Satun. Berasal dari Malaysia. Berkahwin dengan warga Satun Thailand dan menetap di Pak Bara Thailand lebih dari 7 tahun.
Berpengalaman membantu rakyat Malaysia yang ditimpa kemalangan di sekitar Thailand.
Isteri CJS, Karlisa Mikael mengusahakan perniagaan perlancongan, Karlisa Travel 
Mereka boleh dihubungi WhatsApp : https://wa.me/66973513984

KEMBARAKU : JOIN THE GROUP ( KLIK )

Share:

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages