Showing posts with label Zainal. Show all posts
Showing posts with label Zainal. Show all posts

KEMBARAKU ZAINAL CELESTE SIRI 18

Pakistan & India, Same Same But Different
Pagi 29/03/2019, roda powil aku gerak perlahan dari Amritsar ke Wahga border. Ambil 2 jam untuk cop keluar India & masuk Pakistan. Border crossing paling peramah & jovial. Kalau dia orang ambek 4 jam pun aku tak kesah.
Terus ke Lahore, 35 km saja, jam 12 pm dah sampai. Dah janji overnight kat tempat Sajjad, Lahore Backpackers. Tempat dia sederhana, bentuk hostel. Aku tak kesah, bini aku pun tak kesah. Sajjad, aku kenal masa rtw motor.Muka dia ala mamak, aku mata sepet. Takda chemistry tapi kami kenal rapat.
Petang aku merayap, sibuk & hingar bingar. Cuaca sikit panas. Berdebu tapi tak sama Delhi. Azan masjid ikut waktu. Singgah kat kfc, makan tapi selera kurang. Dah habis, aku lepak kat budak chai tepi jalan. Rasa macam kat India tapi tak sama.
Esok 30/03/2019 aku ke Islamabad. Jangka tulat nak pelan-pelan explore Karakoram.


Sumber Facebook : Zainal Celeste 












Share:

KEMBARAKU ZAINAL CELESTE SIRI 17

India, Aku Pergi Dulu
Dua hari lalu, (27/03/2019) belah pagi, aku ke Embassy Azerbaijan hal visa bini. 30 minit saja urusan dah selesai. Belah petang nya pergi ambek 2 kotak aluminium yang aku tempah kat sini, lepas tu pasang kat roof rack powil aku. Memang dah plan untuk buat di India.
Semalam, 28/03/2019 aku tinggalkan Delhi. Jam 5 pm, lepas 450 km driving sampai kat Amritsar. 1.5 jam pertama kena 'Delhi crazy traffic' lepas tu on & off ikut 'main road & highway'. Ada 5 ke 6 road block, semua 'singh' jaga. Tol pulak kejap-kejap kena.
Takat ni dah 30 hari aku & bini atas powil. Mula 28/02/2019, cover Thailand, Myanmar & India. Distance KL ke Amitsar 6,635 km. Powil aku guna 598 litre diesel. Aku ada 35 lagi negara nak cover. Masih banyak, masih jauh.
Aku tak melilau kat Amritsar ni, masa rtw motor dulu aku dah explore semuanya. Pagi ni 29/03/2019, aku tinggalkan India & masuk ke Pakistan. Aku sedih, aku gembira.

Sumber Facebook : Zainal Celeste 




















Share:

KEMBARAKU ZAINAL CELESTE SIRI 16

India, Aku Berdepan Pelbagai Masala(h)
Awal pagi 25/03/2019, drive ke Embassy Iran. Lepas 3 kali keluar masuk, urusan selesai. Kemudian kehotel yang pertama dulu, ambil seluar kesayangan bini aku yang tertinggal masa check out itu hari. Balik ke guest house. Belah petang Celeste ada kelas tarian kat sini. Dia mengajar. Aku pulak borak-borak dengan mamat jual pisang, ais krim & susu panas tepi guest house. Dapat juga makan minum free. Kedai tukang gunting 2 in 1 (gunting & dapat tahi hidung free) tu pun disebelah saja. Dia offer aku gunting FOC. Aku tolak.
Hari ni, 26/03/2019 aku naik tut-tut ke Connaught, daerah sebelah. Saja jalan-jalan. Bangga aku dengan tut-tut kat sini. Semuanya penyokong kuat Kedah, semuanya 'hijau kuning'. Lepas tu singgah kat Embassy Iran, pungut passport Celeste.
Dua minggu lebih aku kat India ni, asyik-asyik ada masala(h). Chicken masala, tikka masala, chai masala, curry masala, bryani masala, burger masala, vege masala & pelbagai masala lagi. Mula-mula boleh tahan, lepas tu surrender. Aku tak kuat, tak sanggup berdepan dengan semua masala nampaknya. Malam tadi aku hirup 2 mangkuk 'maggie mee' yang tak da masala. Alhamdulillah, lega aku dari masalah.

Sumber Facebook : Zainal Celeste 













Share:

KEMBARAKU ZAINAL CELESTE SIRI 15

India, Tukang Gunting & Bulu Hidung
Semalam (23/03/2019) check out hotel, kemudian drive 16 km & check in guest house lain. Traffic kesana kira okay, bila dah dekat haru biru. Aku respect drivers kat Delhi ni, semua penyabar. Hon saja bising tapi mulut tidak. Lodging aku ni tak ada 'star', kena lalu kat lorong sempit. Sepelaung pun ambek setengah jam nak sampai kat guest house. Setengah jam lagi ambek masa nak parking.
Apa-apa pun, suasana tempat ni full of colours, full of shops, full of people, full of stall, full of havoc, heavy with traffic, dusty & smelly. But I have no complaint. Aku bukan tourist, aku seorang traveler.
Macam biasa pagi tadi (24/03/2019), aku melilau sana sini & singgah kat kedai gunting rambut. Harga gunting rambut 3 hinggit doposen duit kita. Masa tunggu turn aku, tukang gunting tu guna gunting sama untuk trim bulu hidung pelanggan sebelum aku. Tak jadi gunting, tak mahu tahi hidung mamat tu lekat kat rambut aku. Sampai kepetang rambut aku belum bergunting.

Sumber Facebook : Zainal Celeste 












Share:

KEMBARAKU ZAINAL CELESTE SIRI 14

India Dan Pak Chik Aku
Semalam (22/03/2019) bergegas ke Embassy Iran & Embassy Azerbaijan. Tutup, website kata buka. Patut pecat siapa yang update website tu. Urusan visa terbantut. Plan kena adjust, so tinggal kat Delhi ni sampai minggu depan. Singgah kejap kat High Commission & Tourism Malaysia disini. Borak-borak & bergambar. Tengahari service kereta di 'mekanik jalanan'. Mercedes, BMW, Volvo bersepah kat situ, jadi powil aku cap Nissan ni tentu dia orang boleh buat. Harga sikit tinggi, tak sure samada itu harga betul atau dia tengok aku ni pendatang asing.
Pagi ni (23/03/2019), akan check in ke 1 guest house. Tempat tu lagi 'local'. Boleh kenal & belajar hidup orang Delhi. Hotel sekarang selesa tapi terlalu 'komersial', bersikap 'engkau engkau, aku, aku'.
Lepas ni nak jumpa Pak chik aku, nama dia ATM. Aku bersyukur sebab Pak Chik aku 'sponsor' trip aku ni. Tanpa dia aku tak kemana.

Sumber Facebook : Zainal Celeste 









Share:

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages