Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

PENGEMBARA MISKIN BERKONGSI TIPS KEMBARAKU

PENGEMBARA MISKIN sudah tidak asing lagi, bila kita membicarakan tajuk KEMBARAKU di Malaysia. Pengembaraannya yang unik dan bisa menyentuh sesiapa yang mengikuti perjalanan KEMBARKU - nya. Ikut sentuhan pertamanya di Facebook Group KEMBARAKU. ( klik untuk Join )



Assalamualaikum newbee nak share kembara juga boleh.aku suka kembara tak kira dlm negara atau luar negara.Dan dlm kembara aku pula semua jenis aku suka sebab masing2 ada istimewa tersendiri pada aku la.
Backpakers
Basikal
Motor
Aku suka belaka.keta buat masa ni belum mampu sebab kos tinggi beb.inshaaallah ada rezeki nak juga.
Aku nak share citer lebih kepada kembara dengan motorcycle la.
Motor apa nak pakai?
Korang mula je dengan motor apa yg korang ada.motor apa pon jika dlm keadaan tiptop jgn kata nak ke satun rumah cikgu joe asal utara Malaysia tu ker eropah pon boleh .korang bkn nak sekali shoot dari mly terus sampai eropah kan.mesti nak berenti2 juga tengok tempat org kan.so no hal la motor apa pon.
Abih rosak mcm mana?
Kalau dah motor korang tip top inshaaallah kerosakan besar jarang berlaku.sikit2 rosak tu aku jamin mesti ada punya.jika korang pandai baiki bagus kelebihan tu.tak pandai kasi pomen baiki laa rosak kecik2 ciput je abis.
Aku serius ckp memang tak pandai bab2 engin motor ni.jadi apa2 aku cari pomen je sampai tayar pancit dan tegang rantai pon aku suruh caj setakat rm2 , 3 je malas letih buat la.
Nak ride luar negara mahal tak?
Sebenarnye kos tak la mahal mana .kos boleh kurangkan bawa dapur masak sendiri sbb kos bahan murah kat pasar2.kalau korang malas masak dan sanggup mkn je la roti sepanjang ride tu utk jimat.aku memang tak sanggup la roti kecuali sesekali.
Nak jimatkan lagi korang bawa khemah jgn tidur hotel mahal2.aku memang suka khemah.
Tempat2 pelancongan yg kenakan bayaran mahal memang tak la aku masuk kecuali tempat2 tu betul2 istomewa.
Tak boleh nak jimat bab minyak .yg ni mahal mcm mana pon korang kena hadap takan nak tuang air kan.
Akhir walau kite nak jimat mcm mana pon kita harus ada duit sampingan utk perkara2 kecemasan.jgn menyusahkan keluarga dan kawan2.
#JgnBerhentiBermimpi



















Share:

IRAN ADAKAH SELAMAT DIKUNJUNGI

Republik Islam Iran sebuah negara yang tak asing bagi saya. Banyak kali juga berulang alik kesana disebabkan urusan kerja.Negara yang saya amat suka kerana keramahan rakyatnya. Sedapnya makanan dia, kucing parsi yang hampa tergila-gila tu bersepah dijalanan dan kecantikan anak-anak gadis iran. Anak gadis Iran memang cantik dan menawan,boleh mencairkan setiap lelaki yang memandang. Hidung mancung,pipi delima merah dan mata biru antara wanita tercantik didunia.
Bila balik tanahair banyak soalan perihal iran ni, yang paling utama selamatkah. Soal keselamatan nak bagi tau selamat lagi iran dari malaysia. Hampa boleh jalan dilorong sunyi seorang diri malam2 tanpa risau ada pencuri atau peragut.

Soalan femes yang sering ditanya tentang Iran, pasal syiah. Apa yang boleh saya katakan disin sejak dari tahun 1998, saya kesana hinggalah yang terakhir beberapa tahun lalu, tak dak masalah.
Anda pi la dulu dan merasai kehidupan di sana. Anda pasti merinduinya. tak percaya cakap saya tanya saja sapa yang pernah pi sana. Nanti jika ada kelapangan masa, saya cerita lagi pasal iran ni.
ANDA BOLEH IKUTI SAYA DI GROUP FACEBOOK : KEMBARAKU  ( klik )
Penulis Dikenali Sebagai Omary Othman II FACEBOOK

gambar2 ni diambil pada 11-oct-2014 waktu tu ke sana untuk pemasangan modenas GT 130


Kembaraku Iran 1

Kembaraku Iran 2

Kembaraku Iran 3

Kembaraku Iran 4

Share:

Pengalaman Driver Grab Yang Menginsafkan



Hari ni aku nak kongsi pengalaman sebagai driver Grab. Pengalaman yang tak seberapa yang menyentuh sanubari. Untuk dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua agar kita sama-sama berfikir untuk majukan diri,bangsa,agama dan negara.
Pertama sekali apa yang nak ditekankan bukanlah nak memuji atau memperburukkan mana-mana bangsa,agama atau negara.
Hari ni aku ada ambik customer 5 orang foreigner burma dari satu rumah ibadat di Pulau Tikus.
Dipendekkan cerita masuklah 5 orang tadi dalam kereta.
Aku pun start perbualan,
Aku= "boleh cakap melayu ka? "
Penumpang= "Boleh bang,sikit sikit"
Aku= " Berapa lama kerja sini?"
Penumpang= "Baru lagi bang..24 baru sampai, belum satu bulan"
Aku= "Bagus belum satu bulan sudah pandai cakap"
Penumpang= "Mau kerja mesti mau belajar"
Aku= "Ini datang sembayang ka jalan-jalan"
Penumpang= " Sembahyang sama tolong sapu sapu habuk,cuci bagi bersih bersih..hari ni public tak buat apa kasi tolong sikit"
Aku= "Sini datang ada dapat duit ka?"
Penumpang= " Tak dak bang,duit sendiri"
Cukuplah sekadar ringkasan perbualan..
So disini ada dua pengajaran yang boleh kita sama-sama belajar,
Yang pertama, berapa ramai yang lahir di Malaysia berpuluh tahun mengaku rakyat Malaysia tapi bahasa kebangsaan masih tidak dikuasai sedangkan mengaku Bangsa Malaysia..?? Sedangkan foreigner yang berbahasa lain mampu belajar dengan cepat dalam tempoh kurang dari sebulan...
Yang kedua, berapa ramai yang luangkan masa,tenaga dan wang ringgit untuk berbakti kepada rumah ibadat kita sendiri walaupun masjid atau surau hanya dibelakang rumah kita...? Nak tolong sapu sampah pun susah..
Pengalaman hari ini sebenarnya adalah pengajaran buat diri aku sendiri. Malu dengan Tuhan. Bila sesuatu perkara yang terjadi kita selami dengan akal, pasti ada iktibar yang mampu kita ambil sebagai pedoman.
P/S:Maaf andai ada spelling atau tatabahasa yang out. Aku bukan seorang penulis. TAMAT.

KARYA :
FACEBOOK

IKUTI KAMI DI GROUP FACEBOOK : KEMBARAKU


Share:

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages