Assalamualaikum newbee nak share kembara juga boleh.aku suka kembara tak kira dlm negara atau luar negara.Dan dlm kembara aku pula semua jenis aku suka sebab masing2 ada istimewa tersendiri pada aku la.
Backpakers
Basikal
Motor
Aku suka belaka.keta buat masa ni belum mampu sebab kos tinggi beb.inshaaallah ada rezeki nak juga.
Aku nak share citer lebih kepada kembara dengan motorcycle la.
Motor apa nak pakai?
Korang mula je dengan motor apa yg korang ada.motor apa pon jika dlm keadaan tiptop jgn kata nak ke satun rumah cikgu joe asal utara Malaysia tu ker eropah pon boleh .korang bkn nak sekali shoot dari mly terus sampai eropah kan.mesti nak berenti2 juga tengok tempat org kan.so no hal la motor apa pon.
Abih rosak mcm mana?
Kalau dah motor korang tip top inshaaallah kerosakan besar jarang berlaku.sikit2 rosak tu aku jamin mesti ada punya.jika korang pandai baiki bagus kelebihan tu.tak pandai kasi pomen baiki laa rosak kecik2 ciput je abis.
Aku serius ckp memang tak pandai bab2 engin motor ni.jadi apa2 aku cari pomen je sampai tayar pancit dan tegang rantai pon aku suruh caj setakat rm2 , 3 je malas letih buat la.
Nak ride luar negara mahal tak?
Sebenarnye kos tak la mahal mana .kos boleh kurangkan bawa dapur masak sendiri sbb kos bahan murah kat pasar2.kalau korang malas masak dan sanggup mkn je la roti sepanjang ride tu utk jimat.aku memang tak sanggup la roti kecuali sesekali.
Nak jimatkan lagi korang bawa khemah jgn tidur hotel mahal2.aku memang suka khemah.
Tempat2 pelancongan yg kenakan bayaran mahal memang tak la aku masuk kecuali tempat2 tu betul2 istomewa.
Tak boleh nak jimat bab minyak .yg ni mahal mcm mana pon korang kena hadap takan nak tuang air kan.
Akhir walau kite nak jimat mcm mana pon kita harus ada duit sampingan utk perkara2 kecemasan.jgn menyusahkan keluarga dan kawan2.
#JgnBerhentiBermimpi
No comments:
Post a Comment