KEMBARAKU FOTOGRAFI BERSAMA MIQDAD

KEMBARAKU berdiskusi tentang FOTOGRAFI bersama Miqdad. Bermula dengan siri pengenalan, anda boleh nantikan siri seterusnya.

Kebanyakan daripada kita, mesti ada smartphone. Pergi mana mana semuanya merakam suasana dengan menangkap gambar kan. Ada yang cantik, ada yang biasa dan ada yang tidak dapat di pastikan status.Di dalam siri penulisan yang akan datang, kita akan sama sama belajar untuk menangkap gambar dengan lebih baik.
Saya akan mulakan penulisan dan contoh, jika penulisan ini menarik minat, saya akan buat video pula.Saya cuba berkongsi apa yang saya tahu, dan saya cuma ingin anda semua doakan yg terbaik untuk saya.
SMARTPHONE BANYAK KEKURANGAN
Sebelum kita terus ke peringkat seterusnya, kita hendaklah set di minda kita iaitu SMARTPHONE mempunyai banyak kekurangannya berbanding DSLR, Mirrorless atau Point and Shoot.
Apabila kita memegang smartphone untuk menangkap gambar, kita sedang berusaha untuk dapatkan hasil kualiti yang paling baik mungkin setanding dengan DSLR, Mirrorless atau Point and Shoot.
Apa kekurangan smartphone?
Smartphone mungkin tidak boleh di kawal secara manual, kalau boleh kawal Shutter Speed, kita tidak boleh mengawal Aperture. Mungkin ada smartphone yang tiada Optical Image Stabilization atau hanya ada Electronics Imaga Stabilization.
Sebab itulah, kita kena belajar mengambil gambar dengan betul sebab hanya smartphone yg ada di tangan kita.
Apa kelebihan smartphone pula?
Ha, ini best, sebab saya x boleh nak hurai, ianya bergantung kepada smartphone masing masing, Huawei dengan Ai nye, dan Samsung dengan pelbagai fungsi yg lain yg menarik.
Kenali smartphone anda!
Cubalah 100% semua fungsi dalam camera smartphone, cuba YouTube berkaitan dengan smartphone anda. Cuba snap foto dengan beberapa mode yg ada dalam camera anda tu. Cuba panorama ke, video ke, hadap matahari ke, slow motion ke, hyperlase ke, membelakangkan matahari ke, mcm mcm yg ada lah, supaya anda boleh dapat apa yg paling baik dengan kamera anda. Cuba snap kereta bergerak ke, orang berlari ke...
Cuba buat latihan dengan apa yg ada di sekeliling kita dulu. Supaya bila sampai masanya, anda tahu, MODE mana yg paling sesuai mengikut situasi.

Join KEMBARAKU

Jadi mulai esok, cubalah belajar utk menangkap gambar menggunakan smartphone anda.
Sebelum tekan shutter tu, cuba tgk, smartphone berada d mode apa, apa yg keluar di sceeen, boleh adjust ke? Cuba tgk warna pula, HDR ke VIVID ke atau FLAT?..
Jika suasana tidak ok, cahaya gelap ke, x pe, jangan paksa diri, teruskan utk terus TRY n ERROR. Sentiasa positif, saya kalau foto malam tidak cantik, saya akan tunggu di siang hari, sebab mungkin saya belum kuasai bagaimana untuk snap foto di malam hari.
Bertemu lagi untuk siri yang akan datang.
Saya berikan video mcm mana nak tangkap gambar SPARK!
Dalam video tu, boleh lihat bagaimana saya sentuh di screen smartphone kemudian adjust tinggi rendah EXPOSURE. Nampak x? Kalau nampak, boleh cuba. :)
#kembarakufotografiSIRI1

Miqdad 2019
QuaysideHotel Melaka.



Untuk Video Klik Link Dibawah
https://www.facebook.com/mohd.miqdadii/videos/475633289914087/?t=11
Share:

No comments:

Post a Comment

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages