Istana Alaeddin (Istana Bandar) adalah artikel asal PAGE ROUTE 5 MORIB. Anda boleh KLIK ROUTE 5 MORIB untuk mendapat lebih info tentang morib itu sendiri.
ROUTE 5 MORIB dimiliki oleh saudara Aminnudin Bin Marjani. Beliau pakar dalam urutan tapak kaki dan badan. Ikutilah cerita beliau.
Hari ini saya nak update berkenaan 'Istana Bandar' terletak tidak berapa jauh dari ‘Masjid Bandar', ia boleh dikatakan bersempadanan. Istana ini, yang dibina pada penghujung abad ke-19 (tahun 1899) dengan perbelanjaan Sultan Alaeddin Suleiman Shah sendiri, kebetulan dengan masa berlakunya krisis dalam istana sultan Selangor, iaitu peristiwa Tengku Ampuan Mahrum merajuk. Mirip senibina Islam di Timur Tengah dikenali sebagai Istana 40
Bilik kerana di dalamnya terdapat 40 bilik. Istana dua tingkat ini dibina di atas tanah seluas 12.96 ekar. Bahagian tengah terdapat 2 tingkat mengandungi 4 bilik iaitu bilik peraduan, bilik mengadap, bilik tetamu diraja dan persemayam baginda. Di bahagian atas mengarah ke utara diadakan beranda iaitu kawasan lapang tidak beratap dan berdinding kisi-kisi batu sebagai tempat berehat di waktu petang dan malam serta tempat jamuan kecil di raja. Istana ini merupakan tempat almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj diputerakan.
Pendeknya pada dua atau tiga dekad pertama abad ke-20 itu, istana ini masih digunakan sebagai tempat bersemayam baginda sultan bersama isteri baginda orang kebanyakan, Hajjah Safiah. Dan, walaupun sejak 1903, setelah baginda ditabalkan dengan rasminya dan bersemayam di Klang, baginda sentiasa melakukan ibadat sembahyang Jumaat di Masjid Bandar. Jadi, nyatalah sehingga terbinanya "Masjid Ar-Rahmah" Klang (Kampung Jawa), kira-kira pada tahun 1939, sentiasalah baginda berkunjung ke Bandar Temasya, bersembahyang di sana, di samping menemui isteri baginda di Istana Bandar ini. Hanya setelah baginda mangkat pada tahun 1938, barulah betul-betul istana itu ditinggalkan kosong sehingga kini.
Pendeknya, bersandarkan bangunan Istana Bandar inilah menjadi satu bukti yang paling kukuh, bagi menunjukkan Bandar Temasya itu memang terkenal sekurang-kurangnya sehingga tiga dekad pertama abad ke-20. Ini tentunya sangat menarik perhatian. Satu perkara yang harus dinyatakan ialah asal pembukaan ‘Bandar Temasya' oleh Sultan Abdul Samad itu sebenarnya menjadi jalan pembuka kepada tempat itu menjadi terkenal.
InsyaAllah kalau sahabat-sahabat sampai ke istana ni kalau waktu pejabat ada pegawai yang bertugas akan menerangkan lebih lanjut.....
Terbaekkk
ReplyDeleteAlhamdulillah
Delete