KEMBARAKU SARINA MAJID HARI TERAKHIR SUMATERA

Kembaraku hari terakhir Sarina Majid di Sumatera. Anda boleh membaca episod sebelum ini di link dibawah.
Sambungan kembara ride ke Sumatera Barat..
Episode akhir..
Misi utama kembara ride ke bumi Sumatera Barat ini ialah nak coba route yang popular sangat di kalangan bikers malaysia jika berkunjung ke sini iaitu Kelok 9 dan Kelok 44..dah nama pun bikers kan..takan datang sini nak beli kain batik jawa jer..
Hari kedua kami semua di bawa ke kedai motor sewa..jarak dari hotel ke kedai nya tak lah jauh tapi jalanraya nya jem yang amat atau bahasa orang sini " Macet "..motor yang diberi sewa..scooter yamaha nmax 155 cc@anak itik..kenapa scooter jer..kenapa tak ride big bike..keadaan jalanraya nya kecil..sesak..kalau big bike mau kejang tangan..
Jarak dari hotel ke kelok 9 ni dalam 59.7km sahaja..tapi disebabkan kami menyinggah banyak tempat..asal lapor berenti..asal nampak orang menjual jer berenti..asal view cantek jer berenti..lewat petang jugak lah baru sampai kelok 9..
Jalan nya agak kecik dan lori pulak banyak..kebetulan cuaca ketika itu hujan renjis renjis..kami semua dah sedia dengan jacket@baju hujan..cuma tak boleh tahan gelak bila sorang kawan ni pakai baju hujan ponco askar..atas moto ponco itu berirama keroncong..
Ramai yang salah faham tentang kelok 9 ini..sebenarnya bukan jambatan@fly over tu tetapi 9 kelok@loop@koner nak ke puncak lereng jambatan..cuma nak ambik gambor 9 kelok tu agak bahaya..melainkan ada video atau sumber goggle..view dari puncak memang cantik..sayang nya bekalan lampu jalan tak ada..kalau idak lagi rare..
Hari ketiga@last day ride..misi kelok 44 pula nak di coba..jarak tak jauh sangat pun dalam 23.7km sahaja..tapi biasalah trip ride akak..banyak tempat suka menyinggah..nak datang jauh kan lagipun bukan nak kejor apa apa..ride santai layan anak itik dengan view..
Kelok 44 ni mencabar jugak lah...koner kecik kecik..scooter sesuai sangat lah dengan keadaan koner bertingkek tingkek sebelah sawah padi..system trafik kat sini bila jumpa koner jer bunyikan hon..kenderaan laluan sebelah akan berhenti bagi kita jalan dulu..sangat menarik sikap tolak ansur nya..kalau kat malaysia mau bergaduh n viral dah..setiap kelok ada papan tanda tertera no kelok nya..sambil ride boleh kira lah dah abeh ker belum..
Waktu pegi laluan turun bukit..scooter kan tak der enjin breaking..jenuh jugak lah dok main break tangan..sampai kaki bukit singgah masjid hijau..sembang punya sembang sepakat nak naik 1 round lagi ikut kelok 44 balik ke hotel..hmmppp..macam melepaskan geram masing masing jer melayan koner..lupa diri..sampai puncak..lepak minum kopi sambil tengok view tasik maninjau..
Suatu pengalaman yang berharga bagi akak..kali pertama ride di Sumatera Barat dengan kos yang mampu ride..separuh dari harga yang di iklankan oleh sesetengah individu..janji ride route yang sama kan..
Santai ride..tengok view..
Siri kembara ride di Thailand akan menyusul.

KLIK 














Share:

No comments:

Post a Comment

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages