Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

KEMBARAKU SARINA MAJID HARI TERAKHIR SUMATERA

Kembaraku hari terakhir Sarina Majid di Sumatera. Anda boleh membaca episod sebelum ini di link dibawah.
Sambungan kembara ride ke Sumatera Barat..
Episode akhir..
Misi utama kembara ride ke bumi Sumatera Barat ini ialah nak coba route yang popular sangat di kalangan bikers malaysia jika berkunjung ke sini iaitu Kelok 9 dan Kelok 44..dah nama pun bikers kan..takan datang sini nak beli kain batik jawa jer..
Hari kedua kami semua di bawa ke kedai motor sewa..jarak dari hotel ke kedai nya tak lah jauh tapi jalanraya nya jem yang amat atau bahasa orang sini " Macet "..motor yang diberi sewa..scooter yamaha nmax 155 cc@anak itik..kenapa scooter jer..kenapa tak ride big bike..keadaan jalanraya nya kecil..sesak..kalau big bike mau kejang tangan..
Jarak dari hotel ke kelok 9 ni dalam 59.7km sahaja..tapi disebabkan kami menyinggah banyak tempat..asal lapor berenti..asal nampak orang menjual jer berenti..asal view cantek jer berenti..lewat petang jugak lah baru sampai kelok 9..
Jalan nya agak kecik dan lori pulak banyak..kebetulan cuaca ketika itu hujan renjis renjis..kami semua dah sedia dengan jacket@baju hujan..cuma tak boleh tahan gelak bila sorang kawan ni pakai baju hujan ponco askar..atas moto ponco itu berirama keroncong..
Ramai yang salah faham tentang kelok 9 ini..sebenarnya bukan jambatan@fly over tu tetapi 9 kelok@loop@koner nak ke puncak lereng jambatan..cuma nak ambik gambor 9 kelok tu agak bahaya..melainkan ada video atau sumber goggle..view dari puncak memang cantik..sayang nya bekalan lampu jalan tak ada..kalau idak lagi rare..
Hari ketiga@last day ride..misi kelok 44 pula nak di coba..jarak tak jauh sangat pun dalam 23.7km sahaja..tapi biasalah trip ride akak..banyak tempat suka menyinggah..nak datang jauh kan lagipun bukan nak kejor apa apa..ride santai layan anak itik dengan view..
Kelok 44 ni mencabar jugak lah...koner kecik kecik..scooter sesuai sangat lah dengan keadaan koner bertingkek tingkek sebelah sawah padi..system trafik kat sini bila jumpa koner jer bunyikan hon..kenderaan laluan sebelah akan berhenti bagi kita jalan dulu..sangat menarik sikap tolak ansur nya..kalau kat malaysia mau bergaduh n viral dah..setiap kelok ada papan tanda tertera no kelok nya..sambil ride boleh kira lah dah abeh ker belum..
Waktu pegi laluan turun bukit..scooter kan tak der enjin breaking..jenuh jugak lah dok main break tangan..sampai kaki bukit singgah masjid hijau..sembang punya sembang sepakat nak naik 1 round lagi ikut kelok 44 balik ke hotel..hmmppp..macam melepaskan geram masing masing jer melayan koner..lupa diri..sampai puncak..lepak minum kopi sambil tengok view tasik maninjau..
Suatu pengalaman yang berharga bagi akak..kali pertama ride di Sumatera Barat dengan kos yang mampu ride..separuh dari harga yang di iklankan oleh sesetengah individu..janji ride route yang sama kan..
Santai ride..tengok view..
Siri kembara ride di Thailand akan menyusul.

KLIK 














Share:

KEMBARAKU SARINA MAJID PERJALANAN KE PUNCAK LAWANG

Kembaraku Sarina Majid mencerikan perjalanan ke Puncak Lawang.
Sambungan kembara ride Sumatera Barat..

Sepanjang perjalanan menuju ke puncak Lawang ni kiri dan kanan route nya penuh dengan kebun tebu..suasana kampung laluan depan rumah orang..sambil ride tu sempat lah jeling jeling aktiviti pagi penduduk di area ni..

Tambahan pulak ride scooter..auto gear kan..terlebih santai ride nya..sambil ride sambil dok snap gambor..sesekali mengelak anjing yang parking tido atas jalan..kampung dia kan..nak buat cam ner
Cuaca suam suam kuku..nampak cerah tapi angin sejuk..rezeki ride tak kena hujan..kalau idok lemau kompom..dengan kuyup..dengan sejuk..dengan lapor..
Sampai kaki Puncak Lawang..ada tol la plak..bayaran nak naik ke atas 20k rupiah untuk seorang..ingatkan boleh bawak moto sampai puncak rupanya separuh jalan..lepas parking..ada tren kecik macam orang guna masuk zoo negara tu bawak naik ke atas..terasa macam budak sekolah lak tetiba..
Nak ke betol betol Puncak Lawang kena menapak anak tangga..sempuit jugak lah..faktor umur tak der auto cruise..namun kena jugak naik..misi perlu di selesaikan..
Semua nya berbaloi bila melihat pemandangan yang sangat sangat indah..alam semulajadi ciptaan Allah..nak gambarkan dengan penulisan pun akak tak reti..akak share gambor jer lah ya..

bersambung episod berikut KLIK







Video klik Link
https://www.facebook.com/sarina.majid.5/videos/10215432115576245/?t=1

Share:

KEMBARAKU SARINA MAJID SAMBUNGAN PUNCAK LAWANG

Kembaraku meneruskan lagi cerita kembara Sarina Majid di Sumatera Indonesia. Kali ini menuju ke Puncak Lawang.
Sambungan episod kembara ride di Sumatera Barat..
Dalam perjalanan menuju ke Puncak Lawang..konvoi trip kami terjumpa kilang tebu tradisional..sesuatu yang menarik perhatian sebab kat tempat kita tak der macam ni..akak jadi jakun la kejap leka nengok nya..air tebu dijadikan gula kabung..
Sempat bertanya..mengapa mata kerbau itu perlu ditutup..jawapan diberi kalau tak tutup nanti kerbau nya lari masuk kebun tebu..jenuh panggil tak mau balik..haruuu tuu..tapau jugak lah 2 bungkus bawak balik malaysia..
Akak lihat anak anak kecil membantu keluarga dalam perusahaan tradisional ini..sanggup bergelumang dengan miang daun tebu..sanggup berdiang depan api masak air gula..sedangkan di tempat kita anak anak sebaya mereka sedang asyik bermain Bayblade..
Ada jugak kudapan sampingan dijual kat situ..kacang tanah salai..masa nak membayor nya terkial kial la jugak..maklomlah bila disebut harga ribu ribu rupiah tu terasa macam banyak la sangat..ketor nak hulor..padahal kecik jer nilai bila dah convert rm kita..

Sekadar coretan kembara ride akak




Link Untuk Video
https://www.facebook.com/sarina.majid.5/videos/10215413047779562/?t=7

KLIK UNTUK EPISOD BERIKUT
Share:

KEMBARAKU SARINA MAJID BUKIT TINGGI PADANG

KEMBARAKU Sarina Majid berpeluang menjelajah Bukit Tinggi Padang Sumatera Indonesia. Episod pengenalan darinya untuk pembaca tersayang.

Minggu lepas berpeluang kembara ride ke Bukit Tinggi Padang..ini kunjungan pertama kali akak..belum pernah sampai ke Indonesia seumur hidup..apatah lagi ride di sini..
Banyak catatan yang memenuhi dairi ride akak sepanjang 4h3m di sini..2 hari ride pastinya tidak cukup untuk kesemua lokasi di sumatera barat ini..faktor cuti membataskan..namun mampu jugak lah ke lokasi popular di kalangan bikers..
Antara lokasi yang akak suka..Puncak Lawang..
berada disini sangat mendamaikan..mungkin kembara ride akak suka tengok pemandangan..jangan tanya di mana Hard Rock Cafe ya..
Sekadar coretan pendek kembara ride.

KLIK UNTUK SIRI BERIKUT


Share:

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages