Kembaraku meneruskan lagi cerita kembara Sarina Majid di Sumatera Indonesia. Kali ini menuju ke Puncak Lawang.
Sambungan episod kembara ride di Sumatera Barat..
Dalam perjalanan menuju ke Puncak Lawang..konvoi trip kami terjumpa kilang tebu tradisional..sesuatu yang menarik perhatian sebab kat tempat kita tak der macam ni..akak jadi jakun la kejap leka nengok nya..air tebu dijadikan gula kabung..
Sempat bertanya..mengapa mata kerbau itu perlu ditutup..jawapan diberi kalau tak tutup nanti kerbau nya lari masuk kebun tebu..jenuh panggil tak mau balik..haruuu tuu..tapau jugak lah 2 bungkus bawak balik malaysia..
Akak lihat anak anak kecil membantu keluarga dalam perusahaan tradisional ini..sanggup bergelumang dengan miang daun tebu..sanggup berdiang depan api masak air gula..sedangkan di tempat kita anak anak sebaya mereka sedang asyik bermain Bayblade..
Ada jugak kudapan sampingan dijual kat situ..kacang tanah salai..masa nak membayor nya terkial kial la jugak..maklomlah bila disebut harga ribu ribu rupiah tu terasa macam banyak la sangat..ketor nak hulor..padahal kecik jer nilai bila dah convert rm kita..
Sekadar coretan kembara ride akak
Link Untuk Video
https://www.facebook.com/sarina.majid.5/videos/10215413047779562/?t=7
KLIK UNTUK EPISOD BERIKUT
KEMBARAKU SARINA MAJID SAMBUNGAN PUNCAK LAWANG
Karlisa Travel adalah agensi pelancongan milik Cikgu Joe Satun. Cikgu Joe Satun merupakan seorang aktivis masyarakat yang banyak membantu rakyat Malaysia yang menghadapi musibah di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Beliau juga mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma di Satun, Thailand sebagai usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan menyumbang kepada komuniti setempat.










No comments:
Post a Comment