YANG ANDA TAK TAHU DI PAK BARA

Pak Bara, Satun, Thailand nama yang kian disebut oleh ramai pelancong Malyasia. Pak Bara dulunya cuma dikenali, transit ke Koh Lipe. Namun kini Pak Bara terkenal dengan makanan laut yang segar. Boleh dikatakan saban hujung minggu bilik penginapan penuh sesak.
Yang sebenarnya banyak tempat yang menarik di Pak Bara yang diketahui umum dan yang tidak diketahui oleh umum. Antaranya :-
1. Tempat Wajib untuk disinggah. Lalu nak pi  Pak Bara ,pun jumpa dan lalu nak balik pun kena jumpa. CJS SATUN 406 lokasinya disini :- https://goo.gl/maps/nhDYj1s19SUHTi3Y7 .  Pejabat KARLISA TRAVEL yang membantu para pelancong dengan perkhidmatan :-
- Menempah bilik penginapan di Pak Bara
- menempah tiket feri/speedboat ke Koh Lipe.
- menempah pakej ke koh Bulone
- menempah pakej berkayak sungai di Chet kod cave
- menempah pakej berkayak laut di koh Khao Yai @ Panjot
- menempah BBQ dan mengatur sambutan harilahir
- pit stop bagi rakan-rakan biker berehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi terpilih.
- menjual cenderamata
Layari https://sites.google.com/view/karlisatravel/home untuk maklumat lanjut


2. PAK BARA VIEW POINT juga lokasi selfie yang wajib disinggah. Setiap petang terdapat gerai-gerai menjual makanan ringan seperti daging bakar, ais krim kelapa, kerabu megi, sate ayam, jagung rebus, sontam dan lain lain lagi. Pada setiap hari Ahad terdapat sebuah pasar malam bermula pukul 4.00 petang sehingga 9.00 malam. Di pasar malam anda boleh menikmati perbagai jenis makanan yang dijual dengan harga yang murah.



3. Pantai Ban Sila adalah tempat mengambil gambar sunset antara yang tercantik. Maklumat anda boleh dapati di CJS SATUN 406
4. Jika anda minat sekitar perkampungan di tepi sungai yang besar, Ban Tinggi adalah lokasi yang menarik dan sangat tenang. Anda boleh menyewa perahu dan mudik menggeliling sebuah pulau kecil.



5. Bo Chet Luk atau Telaga tujuh adalah lokasi tempat sejarah . Perkampungan nelayan yang tenang dan damai. Berhampiran ada sebuah pantai yang boleh mandi manda dan antara lokasi sunset yang terbaik.



6. Buboi Beach berhampiran dengan Bo Chet Luk, adalah pusat ketam yang terbesar di Pak Bara. Ada sebuah port memancing yang sangat menarik.



7. Urai Thong Cave atau gua emas lebih kurang 10km dari CJS SATUN 406. Anda boleh menjelajah gua ini untuk menikmati pemandangan indah stalitait dan stalimik.



8. Rawai Beach 31 km dari CJS SATUN 406 . Sambil anda ke Khao Thanan untuk melihat kebun bunga matahari pada bulan Januari hingga Mac.



9. Thung Wa The Little Penang adalah sebuah pekan lama yang nama asalnya Sungai Upeh. Ada sebuah Signage yang anda boleh bergambar. Dari situ anda boleh Ban Ta Oi View Point. Sebuah lokasi yang terbaik untuk mengambil gambar.



10. Dari Ban Ta Oi Viewpoint kita boleh bergerak ke Tharn Pliew Waterfall. Air terjun ini seakan akan Air Terjun Wang Saithong. Namun masuk adalah percuma.



11. Selepas itu anda boleh bergerak ke Wang Saithong waterfall dan bayaran masuk hanya thb200/pax.



12. Jika anda ingin berkayak yang menyusuri sebuah gua sepanjang 1km, anda boleh menghubungi Karlisa Travel.


Share:

7 comments:

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages