CABARAN NIAGA CJS SATUN 406

Salam,semua. Aku nak bercerita sikit tentang berniaga diluar negara. Ramai orang kata tengok CJS Satun 406 ( Karlisa Travel ) dan Halim Yb ( Route Betong 410 ) macam mudah dan buat duit gila-gila.



Sebelum aku buka kedai di Pak Bara, selama 7 tahun aku mengajar bahasa Melayu tanpa gaji, di Ban Khuan, Satun Thailand. Hasilnya aku membuat kajian sosial dan budaya warga tempatan. Aku dapati yang aku enggak bisa jadi Ayam Jantan yang berkokok semua orang akan bangkit tidoq.

Aku juga tak bisa jadi ayam betina yang bertelur sebiji riuh sekampung. Aku sekadar Damak yang berdagang di kampung Pak Malau. Semua harta benda dan pemilikan perniagaan atas nama bini aku warga Thailand. Namun inilah suka duka bila kita cuba berumah di tepi pantai.

Bak bidalan orang tua-tua, aku ini bagai tidur malam, pakai spender malahan seluar jeans pun tak tanggal. Inilah persedian aku jika sebarang kemungkinan, sekurang-kurangnya aku tak bogel.

Aku pernah menulis panduan dan prosedur berniaga disini dan perlu dilalui jika sesiapa ingin mencuba. TAPI aku dibelasah lumat lunyai. Depa kata aku dengki dan iri hati pada mereka.

Depa kata, depa berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang perniagaan. Apalah aku pada mereka, sekadar budak tak pass SPM yang bernikah dengan orang siam. Aku sekadar guru sekolah pondok cabuk yang datang ke Ban Khuan Satun dengan modal RM300, untuk memberi panduan berniaga.

Sebagai yang dikenali sebagai Cikgu Joe Satun ( klik page ) seorang yang terlibat dengan kerja amal di Satun, Thailand adalah tanggungjawab aku memberi info.

Selepas info prosedur Insuran dan budaya memandu di Thailand difahami oleh kebanyakkan rakyat Malaysia yang membawa kenderaan ke thailand. Aku cuba luaskan pengetahuan ilmu kepada yang ingin belajar dan ada rancangan untuk berniaga.



Ibarat kata, untuk berniaga disini kalau pejabat PM Malaysia boleh masuk tanpa ketuk pintu, tidak membawa sebarang erti di sini. Kalau nak berniaga, pemilikan mestilah nama warga tempatan. Jika ingin menjadi rakan kongsi 51% dan 49% mestilah mengikut garis panduan dan modal yang telah di tetapkan.

Walaupun aku sendiri dah banyak kali di undang ke majlis bersama gabenor beberapa wilayah disini, namun jika perniagaan kami BUKAN nama BINI aku warga Thai, aku sekadar sembang kari.

Namun begitu, oleh kerana aku warga Malaysia dan bini warga Thailand, pelanggan kami 90% kawan-kawan Malaysia. Oleh itu aku kena adil pada negara aku. Baju-baju dan cendermata aku buat di Malaysia. Depa kata, buat di Malaysia aku lagi untong besar kerana perbezaan nilai RM dan Baht. Tapi setiap kali membawa barang masuk ke Thailand, aku kena bayar cukai 30%, sama juga. Aku rela membayar cukai demi kelangsungan mengimbangi ekonomi Malaysia. Alhamdulillah sumbangan kecil aku pada negaraku.

Cabaran kami disini bersaing dengan perniaga tempatan tidak menjadi masalah kerana kami memakmurkan ekonomi jiran kami dengan memperkanalkan perniagaan mereka. Contohnya kedai makan, tempat penginapan, penyewaan bot dan perkhidmatan lain.

Cabaran kami hanyalah dengan segelintir orang Malaysia yang lebih berbangga berurusan dengan warga tempatan dari berurusan dengan kami walaupun kami memberi pulangan balik kepada Malaysia.

Kepuasan kami dapat memberi khidmat bakti kepada masyarakat tempatan dan umum tahu cikgu Joe ada sekolah agama rakyat yang perlu dibantu dari segi kewangan.

Disamping itu kami memberi bantuan kepada warga Malaysia,Singapura,Indonesia dan lain-lain jika mereka ditimpa kemalangan.

Untuk mengikuti perbentangan prosedur dan cabaran berniaga di luar negara, sila datang ke KARVIVAL KUALA SELANGOR, pada 19hb Oktober 2019. Jadual aku memberi ucapan pukul 10.30 pagi.

Terima Kasih Rakan-Rakan Thailand
Route Betong 410
Phatthalung Route 41
Luca Malee Travel 
klik link untuk urusan


SAHABAT PIT STOP





Share:

No comments:

Post a Comment

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages