PENGHARAMAN VAPE DI THAILAND SEJAK 2014

Rokok elektronik telah diharamkan di Thailand sejak tahun 2014 tetapi penguatkuasaan larangan itu telah berlaku secara sporadis atau tidak berterusan. 

Bagaimanapun, satu laporan di Chiang Rai Times (10-10-219  mengatakan pihak berkuasa Thai kini serius dalam perkara ini, dengan rampasan beribu-ribu e-rokok atau vape dalam masa 3 minggu akhir-akhir ini.
Pada sidang akhbar baru-baru ini, polis dengan kerjasama dengan agensi perlindungan pengguna, mengesahkan mereka telah melancarkan tindakan tegas dan telah menahan 10 orang kerana memiliki hampir 600 rokok elektronik dan 500 botol cecair vape.

Difahamkan bahawa banyak kedai dan vendor lain yang secara haram menjual Vape telah diserbu sejak akhir September.
Menurut Chiang Rai Times, rokok elektronik ( vape)  adalah topik hangat di Thailand, denganada pihak yang mengatakan bahawa vape adalah sah, manakala pihak bertentangan berpendapat vape boleh membawa orang muda ke ketagihan yang sama seperti rokok biasa
Penguatkuasan terbaru diambil setelah berikutan berita kematian di Amerika Syarikat akibat pengambila rokok elektronik.

Walaupun Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit negara itu mengatakan mereka sedang membuat kajian samaada asap vape itu merbahaya atau tidak.
SUMBER :  Chiang Rai Times

Untuk berkongsi Kembara Anda Sila Join Group Facebook KEMBARAKU atau KLIK

Info Penulis sila KLIK  atau Fanpage CIKGU JOE SATUN

Gambar Sumber Google


Share:

2 comments:

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages