Thailand declaration custom form kekadang dipandang ringan oleh pelancong yang berkenderaan sendiri ketika berkunjung ke thailand.
Jika anda terlupa hantar, selepas seminggu atau kekadang sebulan bergantung pada budi bicara, anda mungkin didenda sekadar thb500/hari. Namun jika lebih dari sebulan, anda akan didenda THB10,000. Oleh itu sila beri perhatian serius.
Tiada cara untuk kita nak dummy bila kita lupa hantar declaration form. Ada orang kata tukar kereta dan tukar passport baru, maka otomatik tiada senarai hitam dalam sistem.
Namun sistem biometrik Thailand antara yang tercanggih. Kekadang bergantung kepada budi bicara pegawai yang bertugas.
Jika anda ada cadangan, sila tinggalkan komen. Boelh sama-sama kita berkongsi ilmu.
Terlupa Serah Declaration Form Apa Nak Buat
Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.









No comments:
Post a Comment