India In Colour
Rutin pagi aku ialah jalan-jalan. Bini aku pulak rutin dia eksesais yoga. Jam 6 pagi 18/03/2019, aku melilau 2 ke 3 km dari hotel. Pekan masih sunyi tapi dalam 1 jam dah hinggar binggar. Balik ke hotel, pack up, akan drive hala Lucknow (615 km). Kena break journey tapi overnight tak pasti kat mana. Ikut 'as you wish'. Sebelum gerak, tambah angin tayar powil.
Macam semalam jalan hari ini campuran highway & jalan kampung. Jam 2 pm dah drive 275 km. Sampai di Kushinagar, tengok tempat menarik. Overnight kat Chandralok Guest House, 400 meter dari highway. Belah petang berlegar keluar tengok ragam pak long, mak long, mamat & minah kat sini. Baik & peramah.
Dah malam, aku nak ke restoran vegetarian. Celeste, bini aku tak mahu ikut, dia kata nak buat eksesais. Aku tahu dia tak mahu makan sebab petang tadi aku kata 'weight' dia macam naik sikit. Esok, lusa, tulat dia akan diet.
Sumber Facebook : Zainal Celeste
No comments:
Post a Comment