KEMBARAKU ZAINAL CELESTE SIRI 13

India, Aku Dan Samy Vellu
Ada kat Delhi sekarang (21/03/2019), sampai tengahari tadi. Lepas tinggalkan Kushinagar 2 hari lepas, semalam (20/03/2019) aku overnight dimotel di Highway Agra - Lucknow, selepas 510 km on the road. Memang tak plan overnight kat situ. Memang tak plan bawa powil sejauh tu. Tapi konsep 'go as you wish' & 'do as you want' aku tu ada masa nya melalut tak pasal-pasal.
Aku tak singgah kat Lucknow & kat Agra (Taj Mahal) sebab dah tengok semuanya masa ride motor dulu. Kat Delhi ni ada urusan visa Celeste, harap cepat settle.
Dari Kushinagar ke Delhi itu hari mula-mula ikut state road. Driving atas state road ni tak perlu ikut undang-undang. Apa yang diajar kat driving school tak pakai. Dia orang guna silibus sendiri. Tak heran. Sebabnya dia sesama dia paham tebiat memandu kat tempat dia. Tak nampak pun accident. Biarkan dia dengan cara dia.
Lepas state road, lalu 2 highway asing-asing. Agra - Lucknow Highway dengan Yamuna Highway. Dalam 650 km. Highway dia lengang, first class dengan sawah padi hijau sayup beratus km. Scenery memang anggun. Tol banyak, kos boleh tahan. Masa kat highway ni banyak kali aku teringat kat Samy Vellu. Tak tahu mengapa.

Sumber Facebook : Zainal Celeste 













Share:

No comments:

Post a Comment

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages