KEMBARAKU AMIR RED KE LAOS DAN KEMBOJA

KEMBARAKU AMIR RED ke Laos dan Kemboja. Catatan pada 15hb januari 2018 yang saya copy dari Group Adventure Touring Malaysia. Banyak Panduan berguna yang boleh hangpa ikuti bersama.
Setelah selesai kembara solo ke Thailand pada 2016, saya bercadang untuk ke Kemboja dan Laos pula. Dengan perancangan yang lebih teliti saya bertolak pada 3 Disember 2017 untuk kembara merantas 3 negara selama 34 hari. Selama tempoh tersebut saya menimba pengalaman yang amat berharga perihal berkelana di tempat orang.
Antara persiapan yang saya buat kali ini:
1. Beli baju hujan yang bagus (Givi), seluar cargo slim fit, balaclava, touring jacket dan gloves yang bagus. Semua ini sangat membantu ketika riding sebab keselesaan boleh mengurangkan stress dan keletihan.
2. Mohon surat iringan dan kebenaran masuk ke Kemboja dan Laos. Biasa la, motor kecik ni kena ada surat. Berulang juga la ke kedutaan nak dapatkan surat.
3. Rancang perjalanan dan ada julat flexible. Saya tak suka terikat dengan desitinasi/masa, sebab itu saya ride solo. Tetapi sebab perjalanan lama dan perlu cross border ikut tarikh dalam surat, kali ini kena ada perancangan sedikit namun masih flexible untuk ubah destinasi.
4. Belajar Bahasa Thai sikit2. Ada apps untuk belajar dan saya ada rakan yang tolong latih. Seronok dapat cakap bahasa tempatan dengan diaorang walaupun berterabur. Orang sana bukan main suka (lepas dia gelak guling2 sebab salah sebut).
5. Pakai tayar best sikit- depan Corsa sports rain dan belakang Metzeler street konon sebab nak layan MHS nanti tapi...
Ramai orang tanya- Ride solo ni kau tak boring ke? Tak bahaya ke? Kalau jadi apa2 nanti camne? Memang betul risiko lebih tinggi. Syukur tak ada apa2 musibah berat yang menimpa. Kalau jadi, pandai2 la kasi settle nanti. Selama hidup ni dah banyak masalah dah lalui, anggap je ni cabaran baru untuk dihadapi. Boring tu tak juga sebab bila solo ni kita lebih dekat nak berkenalan dengan orang lain. Jadi sepanjang trip saya buat kawan dengan ramai orang- riders, backpacker, orang tempatan etc. Di Kampong Cham saya tinggal dengan ustaz yang buka tahfiz integrasi sana. Ayahnya bercerita tentang kehidupan di zaman Khmer Rogue. Di Kampot saya ketemu seorang backpacker Melayu yang dah 5 bulan travel solo. Saya tinggal selama 3 malam di Paksong dan belajar tentang kopi dari ladang, proses biji, roasting, bancuh dan cara menilai kualiti kopi. Orang sana bangga dengan kopi arabica dia yang dianggap antara terbaik di Asia. Di Chiang Rai saya minum latte sambil dengar live ballad di Night Bazaar dengan amoi China yang baru berhenti kerja untuk travel solo selama 50 hari. Comel juga. Kami bertemu kembali di Chiang Mai 2 hari selepas itu untuk layan live jazz pula.
Antara cabaran getir adalah ketika melepasi gunung antara Vientiane ke Luang Prabang pada waktu maghrib. Saya singgah di pesta tahun baru Hmong dan lepas tu terlajak simpang jadi tiba di Kasi agak lewat. Keadaan jalan yang kurang elok dan cerun 14% memang mencabar, ditambah pula dengan cuaca yang sejuk melampau. Bila dah gelap tu baru perasan mentol headlamp terbakar. Masa tu dah gelap dan ambil masa lagi 2 jam ke Luang Prabang. Pakai sweater dalam jeket pun rasa macam beku. Alhamdulillah selamat tiba tetapi tayar belakang ada masalah. Perjalanan seterusnya ke Nateuy amat menggerunkan sebab jalan banyak selekoh, pasir dan lori panjang. Tayar belakang pula licin. Rupa2nya dah haus dan angin keluar sampai tinggal 20psi. Di Chiang Mai saya cari bengkel tetapi banyak dah tutup untuk cuti tahun baru jadi saya tukar tayar di Pai sahaja. Kempunan nak layan MHS Loop pakai Metzeler tapi sempat la layan Thakhek Loop sebelum tu. Terjumpa Alex Stmrock di bengkel dan kami sambut tahun baru bersama.
Di Pai saya tinggal di Baan Mai Sak, sebuah hostel dekat dengan Walking Street. Pemiliknya orang Melaka dan kami sembang sakan. Dorm 4 orang dia lapang dan penghuni2 lain semua kepala bagus. Malam tu dia buat bbq free untuk kami saling berkenalan. Highly recommended sebab bersih dan parking motor luas. Boleh cari kat Booking.com.
Setelah itu layan MHS dan terus ke Mae Sariang. Sejam sebelum sampai Mae Sariang tu nampak kampung cantik di kaki gunung jadi korner kejap jenguk2 sana. Ada orang kampung tegur dan ajak ke rumah makcik dia yang kahwin dengan lelaki British. Lepak kejap sembang2 dan mamat tu suka betul sebab dah lama tak jumpa orang yang cakap English. Dia bekalkan saya sedikit buah dari kebunnya. Di Mae Sariang makcik kedai makan tolong adjustkan bilik romantik tepi sungai di Riverview 400 baht je.
Seterusnya saya ke Kanchanaburi (beli helmet R15 di Yamaha Centre sebab murah) dan naik tren di Prachuap Khiri Khan ke Hatyai sebab nak elak hujan atau banjir. Setelah lebih sebulan riding solo, saya tiba di Malaysia dan disambut oleh hujan lebat di Tanjung Malim.
Rata2 kos RM100 sehari merangkumi: bilik (RM25-50); makan (RM20-30); minyak (RM20-40); benda2 lain (RM10-20). Kos2 lain macam tukar minyak hitam (setiap 1000 atau 1500km), naik bot gi gua di Khong Lor dan naik powil gi gunung di Paksong. Thailand ni murah je, di Kemboja dan Laos yang mahal sikit.
Bab makan halal ni, Thailand memang langsung tak ada masalah. Semua geng touring pun tahu. Di Kemboja pun merata ada orang Islam, kalau blur2 sangat tu cari je masjid. Ramai juga orang sana yang boleh cakap Melayu. Laos memang sakit sebab bandar2 besar je ada kedai muslim. 7-11 pun tak ada. Jadi biasa saya akan makan nasi dan telur dadar. Bahasa Laos lebih kurang sama dengan Thai jadi saya order guna bahasa dia- “khai chiew”. Untuk alas perut di perjalanan, makan je roti atau kerepek. Ntah berapa kilo hilang.
Jadi apa best ride solo? Mungkin itu satu peluang nak kenal diri sendiri tanpa gangguan elemen2 yg lazim dalam kehidupan kita. Atau peluang untuk kenal masyarakan tempatan dengan lebih dekat dan fahami dunia melalui kacamata mereka. Tetapi yang paling best ialah kepuasan bebas ke mana sahaja tanpa kekangan masa atau destinasi.














Share:

2 comments:

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages