KEMBARAKU ZAINAL CELESTE SIRI 4

Highway, Tol dan Lembu
Lepas 1 malam di Kyaikto, pagi 08/03/2018 hala ke Naypyidaw tapi singgah sightseeing dulu ke Golden Rocks. Tempatnya tinggi, cantik & menarik, kena naik lori ala bas. Pemandu nya training untuk formula 1, memandu macam pelesit. Semua 30 passengers termasuk aku & bini dalam bas berkepala lori tu kecut perut.
Naypyidaw tak jauh, dalam 345 km saja. Ikut jalan lama dan highway. Jalan lama menarik sebab boleh nampak minah-minah duduk silang kaki atas motor melintas. Highway pun menarik sebab boleh nampak lembu-lembu melintas. Tol ada & macam cendawan tapi tak mahal. Kalau tak mahu bayar buat muka selamba & kesian & sebut 'going to India' banyak kali. Mamat tol jadi confuse & dia akan lepaskan.Total distance covered setakat ni dah 2,538 km. Kos diesel untuk 4x4 keras sikit, dalam 10 km 1 liter. Nasib baik harga diesel di Myanmar ni dalam RM2.85 seliter jadi bolehlah bersiul sikit.
Sampai kat Naypyidaw dah senja, kawasan dia serupa Putrajaya. Check in di Man Myanmar Hotel, kat luar 1 kedai pun tak ada, malam tu makan roti dengan sambal ikan bilis saja.


Sumber Facebook : Zainal Celeste









Share:

No comments:

Post a Comment

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages