KEMBARAKU ZAINAL CELESTE SIRI 3

Ber-tango di Bumi Myanmar
3 hari kat Mae Sot, 04/03 sampai 06/03. Tujuan nak tengok hidup orang kat border ni sambil tu rilek saja. Dapat hotel combo 5 in 1 - hotel Muslim, ada swimming pool, breakfast free, basikal free & 400 baht saja. Joli sakan kat hotel tu dan sesekali jenguk pasar pagi pasar petang & naik basikal lepak kat border perhati karenah mamat & minah Myanmar. Sambil tu map up routes untuk India. Selain tu tak buat apa-apa. Hidup komuniti di Mae Sot ni tenang &aman saja. Ingat dihari tua nanti bila dah digelar 'Tok Chik', nak migrate ke sini.
Pagi 07/03/2019, selepas breakfast yang agak ringan - pekena kopi panas, nasi goreng, bubur nasi & 4 keping roti bakar, gerak ke border. Urusan passport & carnet kat belah Myanmar cepat, yang tak cepat traffic dia. Confuse & haru biru. Elok kalau Anthony Loke di postingkan kat situ.
Lepas 2 jam, tayar 'Teh Tarik 1' pun jejak bumi Myanmar. Hari tu 07/03/2019 hala ke Kyaikto. Pak Ngah & Mak Ngah semua bagi tahu jalan yang nak lalu hari tu berturap. Malang dia orang lupa pesan yang 65 km pertama tu 'turap' dah hilang. So apa lagi 'Teh Tarik 1' pun happy ber-tango sepanjang jalan. 100 km lepas tu, kira okay lah, jalan sekejap berturap sekejap hilang. Aku tabik pada minah-minah Myanmar yang selamba duduk atas motor dengan kaki menyilang pakai kain sarong saja sambil kunyah sireh. Tak jatuh pun dia orang walaupun banyak kali motor melantun-lantun. Tinggi betul balancing skill dia orang. Sesekali minah-minah ni pancutkan dari mulut air sireh merah keatas jalan. Macam mana pun, Myanmar cantik walaupun kurang kemodenan nya. Orang nya baik & peramah. Dihari pertama saja, Myanmar dah menawan hati aku.
Sumber Facebook : Zainal Celeste










Share:

No comments:

Post a Comment

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages