Bajet Kembaraku Bermotosikal Dari Kelantan Ke Utara Thailand

Perkongsian yang menarik perhatian unuk dikongsi bersama followers Group Kembara. Artikel ini ditulis oleh Facebook bernama Annynah Manaf dan dikongsi oleh Saudara Mohd Kamarul Mustafa. Perjalanan ke destinasi yang lengkap dengan bajet. Maaf Gambar banyak sangat, tak mampu saya kongsi semuanya.
“Roadtrips aren’t measure by miles marker, but by moments.”
Alhamdulillah selamat sampai ke sempadan Sg Golok -Rantau Panjang jam 7.15 malam 27 April 2019 seperti yang di jadualkan walaupun 2 hari terlewat dari rancangan asal. Semuanya demi sebuah pengalaman.
Trauma kemalangan jalan raya pada 1999 saya tolak ke tepi. Latihan menunggang di jalan raya selama 10 minggu saya gunakan sepenuhnya dengan bantuan perkongsian dari mereka yang pernah ke destinasi yang di tuju, video-video dari Youtube dan beberapa artikel yang di kongsi di media sosial. Kecewa dengan kegagalan untuk menyiapkan Lesen P sebelum bertolak juga saya tolak jauh-jauh.
Sebelum ni saya ke beberapa tempat dengan menggunakan pengangkutan awam ataupun berkereta tapi untuk 2019 saya cari kelainan dengan cuba bermotor ke Thailand. Berbekalkan ilmu yang tidak seberapa tapi semangat ingin mencuba, saya cuba ride santai ke utara.
Pertama kali touring jarak jauh menggunakan motor, suatu pengalaman yang jauh berbeza dari cara saya mengembara selama ini. Ini bukan jalan-jalan santai berkereta seperti di Isaan, North Island ataupun di Victoria. Ada beberapa perkara asas yang saya terlepas pandang tapi setiap hari saya belajar menyesuaikan diri dengan kawalan motor, masa, cuaca dan persekitaran. Try and error pada setiap sudut. Pada masa yang saya cuba untuk enjoy the ride.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga terutama kakak saya yang membantah dalam diam tatkala saya berkongsi niat untuk menggembara dengan motor secara solo, senior terapis Puan Siti Norhan dan Kak Nik Zadira yang sentiasa bertanya khabar dan menyelit kata-kata semangat dalam setiap pesanan ringkas, rakan-rakan yang menyokong sambil geleng kepala dan tepuk dahi - Uden, Juren, Noni, Umie, Acir dll, Lelaki Kiriman Tuhan di Chiang Mai - Sya, mereka yang saya jumpa di sepanjang jalan tapi ramah menegur dan mengucapkan selamat.
Sedikit perkongsian laluan dan perbelanjaan sepanjang 16 hari.
|Tempoh masa |
12/4/2019 hingga 27/4/2019 ( 12 hari solo, 4 hari berteman)
| Route |
D1 : Bachok,Kelantan – Tak Bai - Ko Yo, Songkhla – Nakhon Si Thammarat
D2 : Nakhon Si Thammarat – Surat Thani – Chumphon
D3 : Chumphon – Prachuap Khiri Khan – Phetchaburi
D4 : Phetchaburi – Ratchaburi – Nakhon Pathom – Saraburi
D5 : Saraburi – Khao Kho – Phitsanulok – Uttaradit
D6 :Uttaradit – Lampang – Mae Chaem
D7 : Mae Chaem – Mae Hong Son
D8 : Mae Hong Son – Pai
D9 : Pai – Mae Sai
D10 : Mae Sai – Golden Triangle Park – Chiang Rai
D11 : Chiang Rai – Chiang Mai
D12 : Chiang Mai – Lamphun - Tak – Nakhon Sawan
D13 : Nakhon Sawan – Kanchanaburi – Samut Songkhram – Petchaburi
D14 : Petchaburi – Phatthalung
D15 : Phatthalung – Hat Yai
D16: Hat Yai – Pattani – Sg Golok – Bachok
Jarak : 5,633.4 km
|Perbelanjaan|
- Travel Insurance (Etiqa Trip Care 360 Takaful) : RM 90.88
- Insurans Motor (termasuk pos) : RM57
- Petrol : 3712.7 TBH + RM 15
- Penginapan : 7322.5 TBH + RM 270.31
- Makan minum : 2953 TBH
- Servis (4 kali) : 554 TBH
- Tiket Lawatan : 120 TBH
[Jumlah : 14662.2 TBH + RM 433.19]
* Untuk jimat, cari hostel/couch surfing/Camping – Yang ni saya akui, belanja banyak habis pada penginapan. Saya pilih untuk membayar lebih untuk privasi kerana saya ada beberapa alatan elektronik yang perlu di cas pada waktu malam.
* Tidak termasuk souvenirs.
Dari pengalaman saya belajar:
1. Pastikan seminggu sebelum bertolak, rehat secukupnya dan jaga kesihatan. Jika anda ada sebarang penyakit, jangan lupa bawa ubat. Jangan lupa juga buat sedikit catatan di buku berkaitan sejarah kesihatan, senarai ubat yang di ambil semasa (letak bersama passport).
2. Gagal merancang, merancang untuk gagal: Kenal had jarak/masa perjalanan yang mampu untuk dilakukan dalam sehari. (Ada 1 hari tu, plan nak ride dalam 600 km++ tapi akhirnya menangis tepi jalan sebab terlampau penat).
3. Toolbox jangan lupa bawa walau seyakin mana pun kita dengan kemampuan jentera yang kita bawa.
4. OOTD? Agak-agak la. Baju bawa 3,4 helai pun dah cukup. Beli sabun di 7E, cuci sebelum tidur, Kalau tak kering nanti jemur atas motor. Paling senang, cari hostel/kedai yang sediakan dobi layan diri.
5. Ramalan cuaca kena check walaupun berada dalam musim panas (kalau tak nak terkandas dalam hujan lebat & ribut).
6. Air -pastikan banyak minum air, bawa gula-gula/energy bar untuk tenaga.
7. Kalau menyinggah di satu tempat, jangan singgah lebih dari sejam (Tempoh hari singgah di istana hampir 2 jam, end up menangis tepi jalan sebab tak sempat nak singgah tempat lain).
8. Jangan lupa simpan nombor untuk di hubungi jika berlaku kecemasan.
9. Jangan kedekut masa untuk membaca pengalaman-pengalaman mereka yang pernah sampai sebelum ini.
10. Bila buat itinerary, jangan terlalu detail. Hotel pun elakkan booking awal. Cukup sekadar tahu ke mana nak tuju.
Buat kawan-kawan yang nak ride secara solo ke utara Thailand, jangan takut ataupun risau. Orang Thai Inshaa Allah baik-baik orangnya. Dan kita juga tidak tahu siapa yang Allah akan kirimkan di hujung selekoh.
“I may not have gone where I intended to go, but I think I have ended up where I intended to be.”- Douglas Adams.
GAMBAR BOLEH KLIK DISINI : ALBUM
ANDA BOLEH FOLLOW KAMI DI FACEBOOK : KEMBARAKU













Share:

No comments:

Post a Comment

JOM MELAWAT PAK BARA

JOM MELAWAT PAK BARA
KLIK LOGO
 
KEMBARAKU
Public group · 6,704 members
Join Group
Sebuah group yang sesuai untuk para kembara. Tidak kira samaada anda berbekpek, basikal, motosikal, kereta, pacuan 4 roda dan asalkan anda pengembara....
 

PERLUKAN TOWING

PERLUKAN TOWING
Whatsapp +60182032211 Zul

Labels

Recent Posts

Pages